Carian

Mesyuarat Agung PIBG 2010

>> Tuesday, March 9, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SMK Chenderiang 2010 akan diadakan pada 11 Mac 2010 (Khamis) di Dewan Seri Chenderiang bermula jam 2.30 petang. Semua ibubapa dan guru dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Majlis perasmian PIBG akan disempurnakan oleh Y.B Datuk M Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ahli Parlimen Tapah.

Read more...

Program Akujanji Ibubapa Dan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 2010

>> Monday, February 22, 2010



Program akujanji pelajar dan ibubapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 telah diadakan pada 6 Februari 2010 berlangsung di Dewan Seri Chenderiang, SMK Chenderiang. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa pelajar.


Objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keazaman pelajar dan ibubapa untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun 2010.

Read more...

Bengkel Pembinaan Blog PIBG 2010


Bengkel Pembinaan Blog PIBG telah diadakan pada 23 Februari 2010 di PKG Tapah Road. Bengkel ini telah disertai oleh setiausaha PIBG yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah sekitar Batang Padang.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiausaha PIBG membina laman web/blog PIBG sekolah masing-masing. Diharapkan dengan adanya laman web/blog yang disediakan akan dapat memaparkan segala perkembangan aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG sekolah secara online.

Read more...